Khalid Ibrahim meminta tutup kes KAMERA, kenapa?

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan kamera pengintip di pejabat beliau di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor baru-baru ini.

Sambil menyifatkan dalang yang melakukan ‘kerja’ itu mempunyai hak melihat apa yang dilakukan Kerajaan Negeri, beliau menyatakan pihaknya berpegang kepada prinsip ketelusan.

“Kita percaya mereka (individu yang memasang kamera) ada hak untuk melihat apa yang kita buat.

“Cuma apa yang kita tidak mahu adalah sebarang maklumat dipublisiti sebelum keputusan berhubung perkara itu dibuat,” katanya.

Beliau ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dan Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Hotel Grand Dorset di sini semalam berkata, sama seperti yang dinyatakan sebelum ini pihaknya akan menyerahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud untuk menjalankan siasatan.
“Saya belum membuat laporan polis berhubung perkara itu tetapi akan berjumpa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bersama Exco Rabu ini untuk membincangkan hal tersebut.

“Malah kita juga akan menitikberatkan keselamatan supaya lebih tertib terutama dalam menentukan kaki tangan dan warga kerja yang keluar masuk ke dalam pejabat Menteri Besar,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya bukti kegiatan itu wujud dan akan memastikan polis mendapat maklumat berkenaan apa yang hendak disiasat.
“Sebenarnya kita lebih mahu membetulkan situasi daripada mengambil masa membuat siasatan.

“Saya mengaku tidak tahu siapa sebenarnya orang itu,” katanya.

Artikel nie diambil dari : malaysia-instictdotcom


macam2 hal.. laa mereka nie,
sampai meminta tutup kes KAMERA tu.
nampak sangat nak tutup kesilapan diri.
takut tembelang nak pecah ke?
ish ish ish!
dunia dunia...

Posted by Humanity Life on 8:00 AM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for �Khalid Ibrahim meminta tutup kes KAMERA, kenapa?�

Leave comment

dailyvid

FLICKR PHOTO STREAM

2010 BlogNews Magazine. All Rights Reserved. - Designed by SimplexDesign