Bukanlah satu pembaziran bagi ATLET?

ATLET elit negara perlu terus menjalani latihan di luar negara da ia bukan satu pembaziran.

“Mereka perlukan latihan dan pendedahan yang sewajarnya.”
Demikian penjelasan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz semalam.

Justeru, katanya, isu pembaziran tidak timbul kerana ia adalah satu pelaburan yang boleh mendatangkan pulangan yang besar kepada negara.
“Kejayaan atlet mencipta nama di pentas dunia adalah lebih besar nilainya kepada negara berbanding dengan jumlah kos yang dikeluarkan,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr. Ramlan berkata, ramai atlet negara yang berjaya mencapai prestasi tahap dunia menjalani latihan di luar negara termasuk ratu skuasy negara dan pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol Ann David yang berlatih di Amsterdam, Belanda.

Beliau juga menganggap tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar skuad Harimau Muda (bawah 23 tahun) ke Slovakia pada Jun lepas bukan satu pembaziran.
“Hasil daripada program tersebut telah dapat kita semua lihat pada hari ini.

“Kejayaan terbaru skuad Harimau Muda adalah menewaskan pasukan Korea Selatan pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini,” katanya.
Dr. Ramlan yang memuji perubahan berani oleh FAM turut berharap agar usaha itu diteruskan.
“Usaha penghantaran atlet berlatih ke luar negara perlu diperhebatkan untuk semua acara sukan. Namun usaha tersebut tidak wajar hanya diletakkan pada bahu pihak kerajaan,” katanya.– Bernama

Posted by Humanity Life on 3:53 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for �Bukanlah satu pembaziran bagi ATLET?�

Leave comment

dailyvid

FLICKR PHOTO STREAM

2010 BlogNews Magazine. All Rights Reserved. - Designed by SimplexDesign