Ketua Pengarah Tourism bersama Bekas COO Pampena Didakwa Pecah Amanah RM888,000 betul ke?
berita terkini, buletin 2:04 PM
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) — Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab,dan bekas Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Pelancongan Malaysia Berhad (PEMPENA) Mohammad Rosly Md Selamat, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah melibatkan wang dana syarikat itu berjumlah RM888,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa meluluskan pembayaran wang tersebut ke akaun LCL Interior Dubai pada 27 Feb 2007 bagi projek pembinaan Restoran Malaysia Dubai sedangkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi projek itu, tidak dipatuhi.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan denda dan juga boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Pembangunan Pelancongan Nasional Sdn Bhd (PEMPENA) Tingkat 3, Menara Dato” Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 41, Jalan Sultan Ismail pada 27 Feb 2007.
Mirza, 53, yang juga ahli Lembaga Pengarah PEMPENA telah berkhidmat selama 28 tahun dan Mohammad Rosly, 56, berkhidmat di syarikat itu selama 30 tahun.
Hakim Azizah Mahamod membenarkan Mirza diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Mirza menyerahkan pasportnya kepada mahkamah pada 1 Sept.
Manakala Mohammad Rosly pula dibenarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah pada hari ini sehingga kes selesai.
Beliau kemudian menetapkan 6 Sept depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Natrah Dollah manakala Mirza diwakili peguam Saseedharan Menon dan Tan Sri
Aziz Abdul Rahman dan peguam Rejender Singh mewakili Mohammad Rosly.
Pertuduhan hari ini merupakan yang kedua yang dihadapi Mirza.
Pada 24 Julai 2009, Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan Mirza daripada tuduhan bersetuju menerima rawatan pergigian bernilai RM13,860 lima tahun lalu, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Artikel nie diambil dari : malaysia-instictdotcom
adeh, yang nie laa paling HF xsuke,
pecah amanah duit syarikat!
banyak plak tu.. bukan jumlah yang sikit,
hentikan laa.. kegiatan pecah amanah nie.
apa nak jadi laa..
bukan apa, melihat bangsa kita sendiri yang sanggup buat kerja terkeji nie!
bila bangsa kita nak maju....
orang luar semua tengok perbuatan bangsa kita sendiri!
tergelak gelak jer mereka...
adakah ini yang kita maukan!..
mereka hina kita...
mereka cakap yang bukan-bukan pasal bangsa kita?
kamonnnnn laaa...
sampai bilaa kita nak djadikan bahan ketawa..
(pikir dulu tanya iman diri!)
Hahahaha...
fikir-fikirkan laa yer!
